Wednesday, July 29, 2009

Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)




a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. Terdapat beberapa perkara yang membezakan diantara ahli perniagaan dengan seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil

Usahawan

Memulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga

Memulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi seperti yang dikehendaki

Risiko yang rendah

Risiko yang sederhana

Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh orang lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan

Pengurus Konvensional

Usahawan

Sangat mengikut peraturan dan pantang larang

Melihat peraturan hanya sebagai panduan

Sensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran

Konsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah putus asa

Amat memerlukan sambutan (penerimaan)

Mempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh manipulasi dan menpergunakan orang lain.

Boleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan dengan teliti





Tidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka menurut kata hati.